Muat Turun Fail Dari Laman Perkongsian Popular Dengan MiPony 9

MiPony merupakan aplikasi pengurus muat turun yang memudahkan anda untuk memuat turun fail-fail dari laman pengkongsian seperti Mediafire, Megaupload, Filesonic, Fileserve, Rapidshare dan berberapa lagi laman popular yang lain.

 

Kebanyakkan fail bersaiz besar yang dimuat naik pada laman perkongsian dipecahkan kepada berberapa bahagian dan pengguna yang ingin memuat turun terpaksa melalui proses muat turun secara berulang demi mendapatkan kesemua bahagian untuk disatukan.  Proses ini memakan masa dan menyusahkan, namun di sinilah kelebihan MiPony, ia membantu anda memuat turun keseluruhan fail tanpa perlu melalui proses yang berulang, baik untuk pengguna akaun premium mahupun percuma.

 

Pelayar Web Pada MiPony

Pelayar Web Pada MiPony

 

MiPony dilengkapkan dengan pelbagai fungsi menarik contohnya, pelayar web untuk layar dan kesan pautan pada sesebuah laman web, alat pemantau clipboard untuk masukkan pautan secara automatik, fungsi penggabung fail, fungsi alat kawalan (Android. web), fungsi plugin dan panel pengisian akaun premium khas bagi mereka yang mempunyai akaun premium bagi mendapatkan muat turun yang lebih pantas dan pembatalan pengira masa untuk setiap muat turun.

 

Contoh Pengesan Pautan

Contoh Pengesan Pautan

 

Panel Muat Turun

Panel Muat Turun

 

MiPony menyokong sistem operasi Windows XP, Vista dan 7.  Bagi pengguna yang berminat dengan fungsi yang dibekalkan oleh MiPony boleh juga mencuba alternatif yang lain seperti JDownloader dan Toucan Manager yang mungkin lebih sesuai buat anda.

 

[down] Muat turun MiPony [/down]
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)